Jump to content

Wn/ms/Bekas penyampai berita BBC terkenal mengaku bersalah terkait jenayah kelucahan bawah umur

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bekas penyampai berita BBC terkenal mengaku bersalah terkait jenayah kelucahan bawah umur

1 Ogos 2024 (Khamis)

LONDON - Bekas penyampai berita BBC, Huw Edwards berdepan penjara selama 10 tahun selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melibatkan aktiviti seksual di bawah umur. Pertuduhan itu dibacakan di Mahkamah Majistret Westminster.

Huw Edwards (2023)
Imej: Jwslubbock.

Menurut pertuduhan itu, dia didakwa menyimpan gambar lucah yang diterima menerusi mesej di WhatsApp dari seorang individu dipercayai pedofil. Sebanyak tujuh gambar kategori "A" iaitu gambar-gambar lucah yang bersifat terlalu teruk diterimanya yang melibatkan kanak-kanak berusia dalam lingkungan tujuh hingga 14 tahun.

Perbuatan itu dilakukan sekitar Disember 2020 dan Ogos 2022. Dianggarkan sebanyak 277 gambar dihantar kepadanya, di mana 41 daripada jumlah itu mengandungi paparan lucah. Pihak pendakwa raya berkata kesemua gambar itu diterima dengan "rela hati".

Edwards merupakan seorang personaliti agensi berita itu kerap muncul atas beberapa liputan utama yang dikendalikannya seperti kemangkatan Queen Elizabeth II, pertabalan Raja Charles III dan Pilihanraya Umum 2019. Dia juga merupakan penyampai berita utama di salah satu daripada rancangan berita terkemuka BBC yang disiarkan setiap hari pukul 10 malam.

Kariernya bersama BBC selama hampir 40 tahun terhenti apabila dia meletakkan jawatan pada April. Sebelum itu, dia ditahan pada November tahun lalu kerana disyaki membayar sejumlah wang yang besar untuk memiliki gambar lucah seorang individu selepas satu dakwaan diterbitkan media Sun mengenai perkara itu.

Pihak polis berkata, pertuduhan di mana Edwards mengaku bersalah adalah kes berasingan daripada kes penahanan yang dibuat itu.

Peruntukkan undang-undang di Britain menyatakan memiliki atau berkongsi gambar lucah seseorang di bawah usia 18 tahun merupakan kesalahan jenayah. "Pendakwaan ini menghantar mesej jelas di mana Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota Britain (CPS) bersama-sama polis akan berusaha untuk membawa mereka yang cuba mengeksploitasi kanak-kanak ke muka pengadilan, di mana sahaja jenayah itu berlaku," kata Claire Brinton menerusi kenyataan yang dikeluarkan.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog