Jump to content

Wn/ms/Bau durian disangkakan kebocoran gas, empat panggilan kecemasan dibuat

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Bau durian disangkakan kebocoran gas, empat panggilan kecemasan dibuat

6 Oktober 2025 (Isnin)

MAINZ - Bukan satu, tetapi empat panggilan kecemasan telah dibuat oleh penduduk setempat yang mendakwa berlakunya kebocoran gas di bandar Wiesbaden dekat Mainz, demikian menurut laporan agensi tempatan, dpa.

Pihak bomba telah dikejarkan ke sebuah pusat beli belah di mana seorang pengunjung mengatakan mereka menghidu bau yang kuat seakan gas. Namun begitu, bomba tidak dapat mengenal pasti sumber kebocoran gas itu oleh kerana pusat beli belah tersebut tidak dilengkapi sistem perpaipan gas.

Satu lagi panggilan kecemasan telah dibuat pada petang atas alasan yang sama. Hasil carian pihak bomba mendapati terdapat kedai Asia berdekatan menjual durian, menyebabkan bau durian itu tersebar akibat daripada sistem ventilasi bangunan tersebut.

Dalam kes berasingan pula, bau durian yang dibeli jiran menyebabkan penduduk membuat panggilan kecemasan kepada bomba yang mengatakan terdapat kebocoran gas di bangunan kediaman mereka.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog