Wn/ms/Banci 2020 Malaysia bermula 7 Julai

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Banci 2020 Malaysia bermula 7 Julai

5 Julai 2020 (Ahad)


Kuala Lumpur - Banci 2020 akan dilancarkan pada Selasa ini, 7 Julai, oleh Jabatan Perangkaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Pelbagai aktiviti dan program menarik akan diadakan termasuk Sesi Media Cakna Banci bersama Pesuruhjaya Banci 2020; pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Banci 2020 ini merupakan banci yang keenam yang dilakukan di Malaysia sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Banci dilakukan setiap sepuluh tahun. Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul data dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.

Sumber[edit | edit source]