Wn/ms/Atlet HK, Felix Diu gagal ke pusingan seterusnya namun namanya menjadi sensasi
5 Ogos 2024 (Isnin)
PARIS - Atlet olahraga dari Hong Kong, Felix Diu Chun-hei mungkin satu nama yang kurang didengari oleh kerana beliau tidak berjaya menempah slot ke peringkat akhir dalam acara lari 100 meter lelaki. Namun, namanya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi bagi peminat yang fasih berbahasa Kantonis.
Semasa pusingan kelayakan pada Sabtu, Felix, 24 tahun, hanya menamatkan larian dalam masa 10.62 saat, kurang 0.02 saat daripada masa 10.6 saat yang diperlukan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. "Hari ini, prestasi saya tidak begitu bagus seperti sebelumnya ketika saya mencatatkan masa 10.33 saat," katanya yang jelas kecewa. "Jadi mungkin saya perlu bekerja keras selepas ini dan dalam kejohanan lain di masa akan datang."
Namun begitu, nama keluarga atlet itu menjadi bahan bualan netizen kerana "Diu" ialah salah satu daripada perkataan kesat dalam bahasa Kantonis, yang secara literalnya bermaksud f**k.
Netizen mula berbicara tentangnya setelah dia dilihat menunjukkan ke arah bib yang memaparkan nama "Diu". "Saya harap saya boleh menjadi sebahagian daripada pasukan sorak! Menang atau kalah, ia akan menjadi lagu yang hebat," komen seorang netizen di laman Facebook.
Felix menyertai Olimpik 2024 atas kuota Universality Places yang diperuntukkan dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Walaupun tidak layak, dia mempelajari banyak perkara daripada debut Olimpiknya yang "tidak dapat dilupakan". "Ia satu pengalaman yang agak mengejutkan dan mengujakan. Terdapat begitu ramai penonton di stadium bersorak untuk atlet, ia benar-benar sesuatu yang berbeza."
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Akash Upadhyay. " Felix diu olympics Paris Olympics sprinter Felix Diu aiming for Hong Kong record after surprising place " — CG Wall, 5 Ogos 2024
- (Inggeris) Ruth Chai. " Fans love Hong Kong Paris Olympics sprinter Felix Diu's surnamet " — Mothership.sg, 4 Ogos 2024
- (Inggeris) " Hong Kong sprinter Felix Diu’s Olympic journey overshadowed by vulgar Cantonese homonyml " — Dimsum Daily, 3 Ogos 2024
- (Inggeris) " HK sprinter Felix Diu unable to advance in 100m " — rthk.hk, 3 Ogos 2024