Jump to content

Wn/ms/Ahli parlimen dari New Caledonia janji bawa suara puak Kanak ke Parlimen

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Ahli parlimen dari New Caledonia janji bawa suara puak Kanak ke Parlimen

10 Julai 2024 (Rabu)

Ahli parlimen pro-kemerdekaan pertama New Caledonia yang dipilih dalam pilihanraya Perancis baru-baru ini berjanji akan membawa suara ketidakpuasan hati rakyat ke Parlimen, yang dijangka akan mula bersidang seawal minggu hadapan.

Emmanuel Tjibaou, salah seorang daripada dua ahli parlimen dari New Caledonia berkata golongan muda berasa tidak puas hati apabila mereka seolah-olah diabaikan oleh kerajaan. "Selama 30 tahun kita ingin bangunkan negara, namun ramai anak muda dipinggirkan dan polisi umum yang dikuatkuasakan di Nouméa tidak begitu mencukupi," kata Tjibaou kepada media Guardian.

Plihanraya umum Perancis baru-baru ini menyaksikan kira-kira 71.35 peratus rakyat New Caledonia keluar mengundi.

Pada Mei, Presiden Perancis Emmanuel Macron merancang untuk mengubah polisi berkaitan daftar pengundi untuk pilihanraya tempatan yang membenarkan penduduk luar yang menetap di New Caledonia selama 10 tahun untuk mengundi. Langkah itu dilihat mengancam suara penduduk tempatan, terutamanya dari puak Kanak yang membentuk kira-kira 41 peratus dari jumlah populasi.

Jun lalu, Macron mengumumkan penggantungan sementara cadangan kontroversi itu, dalam usaha untuk meredakan ketegangan dan rusuhan di seluruh negara.

Semasa tempoh berkempen lalu, Tjibaou berhujah bahawa semua pihak perlu kembali ke meja rundingan dan pelbagai dialog perlu diadakan dalam usaha menuju kepada kemerdekaan negara itu. Dia juga mengajak seluruh rakyat yang tidak berpuas hati agar menterjemahkan suara mereka melalui undian.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog