Wn/ms/8 kes baharu, 1 kematian direkodkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 8 kes baharu, 1 kematian direkodkan di Malaysia hari ini

11 Julai 2020 (Sabtu)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa 8 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,704 kes. 4 kes merupakan kes import sementara 4 kes lagi ialah kes tempatan. Daripada 4 kes tempatan tersebut, 2 kes ialah warganegara Malaysia manakala 2 lagi kes bukan warganegara Malaysia.

4 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih sebanyak 8,515 kes. Jumlah kes yang masih aktif meningkat dengan 67 kes yang masih aktif. 3 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selepas 27 hari tidak mencatatkan kes kematian, hari ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mengesahkan bahawa 1 kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 122 kes. Kes kematian ke-122 itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang berusia 72 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai sebelum pergi ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai. Mangsa segera dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak selepas disyaki positif Covid-19. Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 10 Julai, jam 5.49 petang.

"KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa," katanya.

Sumber[edit | edit source]