Wn/ms/7 kes baharu, 1 kes pulih dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 7 kes baharu, 1 kes pulih dicatatkan di Malaysia hari ini

13 Julai 2020 (Isnin)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberitahu bahawa 7 kes Covid-19 baharu dicatatkan di Malaysia hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,725 kes. 6 kes ialah kes import manakala 1 kes lagi ialah kes tempatan. Satu kes tempatan tersebut merupakan kes warganegara Malaysia.

Hanya 1 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,520 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes kematian kekal 122 kes. Kes aktif meningkat ke 83 kes sementara 4 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 3 kes memrlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]