Wn/ms/6 kes baharu di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 6 kes baharu di Malaysia hari ini

7 Julai 2020 (Selasa)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa 6 kes Covid-19 yang baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,674 kes. 4 kes merupakan kes import sementara 2 lagi kes ialah kes tempatan. Kesemua kes tempatan ialah warganegara Malaysia.

5 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih 8,481 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian kekal 121. Terdapat 72 kes Covid-19 yang masih aktif sementara 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]