Wn/ms/5 kes baharu, 2 kes sembuh direkodkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 5 kes baharu, 2 kes sembuh direkodkan di Malaysia hari ini

15 Julai 2020 (Rabu)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan bahawa 5 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,734 kes. Satu kes merupakan kes import sementara 4 kes lagi ialah kes tempatan. Daripada empat kes tempatan tersebut, 3 kes adalah kes warganegara Malaysia manakala 1 lagi kes ialah kes bukan warganegara Malaysia.

2 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang sembuh di Malaysia adalah sebanyak 8,526 kes. Kes kemataian pula kekal 122 kes apabila tiada kematian dicatatkan hari ini. Terdapat 86 kes yang masih aktif dan 5 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 1 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]