Wn/ms/3 kes baharu, 12 kes pulih dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 3 kes baharu, 12 kes pulih dicatatkan di Malaysia hari ini

16 Julai 2020 (Khamis)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberitahu bahawa terdapat 3 kes Covid-19 baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,737 kes. 1 kes merupakan kes import manakala 2 kes lagi merupakan kes tempatan, Kesemua kes tempatan pula ialah kes bukan warganegara Malaysia.

12 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih ialah 8,538 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 122 kes. Terdapat 77 kes yang masih aktif dan 3 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya satu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]