Jump to content

Wn/ms/27 sukarelawan Sumud Nusantara selamat pulang Malaysia

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > 27 sukarelawan Sumud Nusantara selamat pulang Malaysia
Rabu, 08 Oktober 2025, 01.14 AM
Laporan asli: EmpAhmadK
27 sukarelawan Sumud Nusantara selamat pulang Malaysia
Rabu, 08 Oktober 2025, 01.14 AM
Laporan: EmpAhmadK

 

Sepang - Kesemua 27 sukarelawan Malaysia yang mengikuti konvoi Global Sumud Flotila di bawah kumpulan Sumud Nusantara baru-baru ini selamat pulang dari Turki ke Malaysia malam ini.

Delegasi Malaysia yang diketuai Nadir Al-Nuri, termasuk 23 orang sukarelawan yang ditangkap tentera Israel di perairan antarabangsa Laut Mediterranean pada 2 Oktober baru-baru ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Mohamad Hasan, serta beberapa orang menteri, timbalan-timbalan menteri, Mufti Wilayah Persekutuan, Duta Turki ke Kuala Lumpur dan wakil Kedutaan Palestin ke Kuala Lumpur.

Mereka melalui balai ketibaan dalam negeri walaupun mendarat dari Turki bagi mengelak kesesakan penumpang yang tiba ke KLIA dari luar negara.

Sejurus selepas keluar sahaja daripada balai ketibaan kira-kira jam 11.25 malam tadi, masing-masing daripada mereka bersujud syukur kerana telah selamat pulang ke tanah air.

Ratusan orang awam telah berkumpul di terminal 1 KLIA sejak petang tadi bagi menyambut kepulangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam konvoi laut untuk memecah kepungan Israel terhadap Palestin.