Wn/ms/18 kes baharu, 3 kes pulih direkodkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > 18 kes baharu, 3 kes pulih direkodkan di Malaysia hari ini
Jump to navigation Jump to search

17 Julai 2020 (Jumaat)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 18 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,755 kes. 10 kes merupakan kes import sementara 8 kes lagi ialah kes tempatan. Daripada lapan kes tempatan tersebut, 6 kes merupakan kes warganegara Malaysia manakala 2 lagi kes ialah kes bukan Warganegara Malaysia.

Tiga kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,541 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 122 kes. Kes aktif bertambah dengan 92 kes yang aktif sementara 3 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]



Bookmark-new.svg