Wn/ms/16 kes baharu, 4 kes pulih direkodkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > 16 kes baharu, 4 kes pulih direkodkan di Malaysia hari ini
Jump to navigation Jump to search

22 Julal 2020 (Rabu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa terdapat 16 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,831 kes. 8 kes masing-masing adalah kes import dan kes tempatan. Dari 8 kes tempatan tersebut, 7 kes ialah kes warganegara Malaysia manakala 1 kes ialah kes bukan warganegara Malaysia.

4 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,566 kes. Tiada kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 123 kes. Terdapat 142 kes yang masih aktif dan 5 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya satu kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]



Bookmark-new.svg