Wn/ms/15 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini.

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 15 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini.

21 Julai 2020 (Selasa)


Putrajaya - Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 15 kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,815 kes. 11 kes merupakan kes tempatan sementara 4 kes merupakan kes import. Daripada 11 kes tempatan tersebut, 10 kes ialah kes warganegara Malaysia manakala 1 kes ialah kes bukan warganegara Malaysia.

7 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang sembuh sebanyak 8,562 kes. Kes kematian pula kekal 123 kes apabila tiada kematian dicatatkan hari ini. Kes aktif meningkat kepada 130 kes dan kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) turut meningkat kepada 4 kes tetapi hanya satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]