Wn/ms/14 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > 14 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini
Jump to navigation Jump to search

12 Julai 2020 (Ahad)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa terdapat 14 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,718 kes. 3 kes merupakan kes import sementara 11 kes lagi merupakan kes tempatan. Daripada 11 kes tempatan tersebut, 3 kes ialah kes warganegara Malaysia sementara 8 kes lagi ialah kes bukan warganegara Malaysia.

4 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih adalah sebanyak 8,519 kes. Tiada kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian kekal 122 kes. Terdapat 77 kes Covid-19 yang masih aktif dan 3 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg