Wn/ms/13 kes baharu, 1 kes kematian direkodkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 13 kes baharu, 1 kes kematian direkodkan di Malaysia hari ini

26 Julai 2020 (Ahad)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa terdapat 13 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,897 kes. 10 kes ialah kes tempatan manakala 3 kes lagi ialah kes import.

6 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,600 kes. 1 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia naik kepada 124 kes. Terdapat 173 kes yang masih aktif dan 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya 1 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]