Wn/ms/12 kes pulih dan 13 kes baharu hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > 12 kes pulih dan 13 kes baharu hari ini
Jump to navigation Jump to search

10 Julai 2020 (Jumaat)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 13 kes Covid-19 baharu direkodkan menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes. 8 kes merupakan kes import sementara 5 lagi kes merupakan kes tempatan. Daripada 5 kes tempatan tersebut, 4 kes ialah warganegara Malaysia manakala satu lagi kes ialah bukan warganegara Malaysia.

13 kes Covid-19 pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia yang pulih adalah sebanyak 8,511 kes. Jumlah kes kemataian kekal 121 kes apabila tiada kes kematian direkodkan hari ini. Terdapat 64 kes yang masih aktif dan 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg