Wn/ms/10 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > 10 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

4 Julai 2020 (Sabtu)


Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu bahawa 10 kes Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 8,658 kes. 7 kes merupakan kes import sementara 3 kes yang lain merupakan kes tempatan. Daripada 3 kes tempatan, 2 kes ialah kes warganegara Malaysia sementara 1 lagi kes bukan warganegara Malaysia.

Sebanyak 15 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid yang telah pulih sebanyak 8,461 kes. Kes kematian kekal 121 kes. Kes yang masih aktif pula turun kepada 76 kes sementara 2 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]