Wn/ms/MARA perkenal Mini Ulul Albab di 49 MRSM bermula tahun ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > MARA perkenal Mini Ulul Albab di 49 MRSM bermula tahun ini

24 April 2024 (Rabu)


Melaka - Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal memperkenalkan program mini Ulul Albab di 49 buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara, bermula pada tahun ini. Menurut Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, di bawah program ini pelajar mesti atau disaran untuk menghafaz sekurang-kurangnya empat juzuk Al-Quran sepanjang pengajian mereka di MRSM.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

"Mereka mesti menghafaz juzuk 1, 2, 3 dan juzuk ke-30 sepanjang pengajian mereka di MRSM di mana kesemua MRSM akan memulakan program mini ini kecuali lapan MRSM yang telah dikhususkan," demikian menurut Dr Asyraf.

Menurut Dr Asyraf lagi, permintaan ibu bapa terhadap institusi MRSM yang menjalankan sistem pendidikan Ulul Albab semakin mendapat sambutan, oleh itu program mini seumpama Ulul Albab diperluaskan kepada MRSM yang tidak menjalankan sistem pendidikan itu.

Sistem pendidikan Ulul Albab merupakan salah satu sistem pendidikan tambahan yang dijalankan di lapan buah MRSM pada ketika ini. Menerusi sistem pendidikan ini, program aliran agama Islam diintegrasikan bersama program pendidikan piawai KSSM yang digunapakai Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sumber[edit | edit source]