Wn/ms/Gan Kim Yong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura dalam rombakan kabinet terbaru

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Gan Kim Yong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura dalam rombakan kabinet terbaru

14 Mei 2024 (Selasa)


Singapura - Encik Gan Kim Yong bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura menerusi rombakan kabinet yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri Lawrence Wong dalam pengumuman yang dibuat semalam. Encik Gan akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri serta bertindak sebagai pemangku Perdana Menteri semasa ketiadaan Perdana Menteri. Beliau juga akan mengambilalih sebagai Pengerusi Perbadanan Kewangan Singapura dan bertanggungjawab untuk Kumpulan Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Encik Gan Kim Yong.
Imej: Emmanuel Berrod.

Encik Gan, 65 tahun, akan dilantik ke jawatan baru pada Rabu ini selepas upacara angkat sumpah Perdana Menteri Singapura yang baharu iaitu Encik Lawrence Wong yang mengambilalih tampuk pemerintahan daripada Encik Lee Hsien Loong yang mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini. Manakala Encik Heng Swee Keat, 63 tahun, masih lagi mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Mengenai pelantikan Encik Gan, bakal Perdana Menteri baharu itu berkata beliau dan Encik Gan "bersama-sama dalam mengharungi pembaptisan COVID", dan seterusnya "menjadi tonggak kekuatan secara keseluruhannya". Pengalaman yang dimiliki Encik Gan dalam ekonomi antarabangsa bakal memacu Singapura dalam mendepani persekitaran global yang lebih mencabar, demikian menurut Encik Wong lagi.

Pada bulan lepas, Encik Wong berkata rombakan kabinet besar-besaran seterusnya mungkin akan dilakukan selepas tamatnya Piliharaya Umum Singapura yang sepatutnya perlu diadakan sebelum November 2025.


Sumber[edit | edit source]