Wn/ms/AME Elite menjual 35 ekar tanah kepada firma pusat data

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > AME Elite menjual 35 ekar tanah kepada firma pusat data

15 Mei 2024 (Rabu)


Kuala Lumpur - AME Elite Consortium Bhd bersetuju untuk menjual 11 bidang tanah perindustrian kepada firma pusat data, Digital Hyperspace Malaysia Sdn. Bhd. di Iskandar Puteri, Johor dengan nilai keseluruhan sebanyak RM209.84 juta (($2.5 juta). Tanah yang berkeluasan melebihi 34.91 ekar itu terletak di i-TechValley dalam kawasan Fasa 3 Kluster Perindustrian dan Logistik Selatan (SILC). Ianya dikendalikan oleh dua anak syarikat AME; Pentagon Land Sdn. Bhd. dan Greenhill SILC Sdn. Bhd. serta tertakluk kepada kelulusan daripada kerajaan Johor dan pihak berkepentingan lain.

Digital Hyperspace Malaysia Sdn. Bhd. (DHM) yang ditubuhkan pada tahun ini, merupakan anak syarikat Quantum DC (HK) Limited yang berpangkalan di Hong Kong. DHM berperanan sebagai penyedia infrastruktur untuk pengehosan teknologi maklumat, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti lain yang berkaitan. Pengarah syarikat DHM disenaraikan sebagai Song Minghe dan Tan Yong Sern.

Cadangan penjualan ini dijangka akan dimuktamadkan pada suku pertama 2025.

i-TechValley merupakan projek pembangunan taman perindustrian terkini yang dikendalikan AME Elite dengan nilai pembangunan anggaran kasar berjumlah RM1.5 bilion dalam tempoh 5 tahun. Dilancarkan pada tahun 2022, kadar pengambilan plot di i-TechValley telah mencapai kira-kira 30%.

Selain DHM, antara syarikat teknologi maklumat dan penyedia berkaitan pusat data yang beroperasi di Johor termasuklah Equinix, Microsoft, ByteDance, Princeton Digital Group (PDG) dan Keppel Corporation.


Sumber[edit | edit source]