Wn/ms/Kumpulan Alibaba bakal membina pusat data baharu di Vietnam

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kumpulan Alibaba bakal membina pusat data baharu di Vietnam

19 Mei 2024 (Ahad)

Template:Wn/ms/Vietnam Firma teknologi China, Alibaba bakal merancang untuk membina sebuah pusat data baharu di Vietnam, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Nikkei Asia. Ini bagi memenuhi keperluan undang-undang yang diperuntukkan, di mana pada masa ini hanya bergantung kepada fasiliti milik syarikat telekomunikasi tempatan dengan milikan bersama kerajaan iaitu Viettel dan VNPT.

Alibaba Cloud.
Imej: Fooksou Lamimo.

Kumpulan Alibaba memberitahu, untuk masa sekarang mereka hanya menyewa ruang untuk penempatan komputer pelayan dari syarikat telekomunikasi Viettel dan VNPT, respon segera hasil daripada penguatkuasaan undang-undang pada tahun 2022 yang menetapkan syarikat antarabangsa perlu menyimpan maklumat pengguna dan membuka pejabat di dalam negara.

Dang Minh Tam, Ketua Arkitek Alibaba Cloud mengesahkan data itu kini disimpan di dalam negara, sambil menambah bahawa Vietnam mempunyai potensi tinggi dalam pasaran dan menawarkan "pelbagai ruang untuk berkembang."

Undang-undang berkaitan pensetempatan data dan keperluan ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) mungkin menjadi faktor kepada rancangan kumpulan Alibaba membina fasilitinya sendiri di Vietnam.

Pada masa ini Alibaba mengendalikan 16 kawasan pengkomputeran awan dengan 33 zon kebolehsediaan luar daripada tanah besar China. Di Asia Pasifik, kawasan yang menyediakan perkhidmatan awan termasuklah Jakarta, Indonesia dengan tiga zon kebolehsediaan; Tokyo, Jepun dengan tiga zon kebolehsediaan manakala tiga kali zon di Singapura. Tahun lepas, Alibaba membangunkan kawasan perkhidmatan awan di Thailand dan Korea Selatan.


Sumber[edit | edit source]