Wq/ms/Mahathir Mohamad

From Wikimedia Incubator
< Wq‎ | ms
Wq > ms > Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad

Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh.

Petikan[edit | edit source]

  • Kami mahukan setiap orang di Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban untuk mempunyai kesedaran, identiti, dan cita-cita sebagai rakyat Malaysia.
  • Inilah Malaysia di mana kita mempercayai peraturan undang-undang. Khabar angin ini dilihat bertentangan dengan peraturan undang-undang sekiranya benar.
    Ini adalah kisah-kisah yang menakutkan dan saya harap perkara itu tidak benar. Saya tidak mempunyai bukti untuk menunjukkan perkara itu benar, tetapi khabar angin itu terus berleluasa.
    Mereka beritahu saya untuk tidak mengatakan apa-apa. Ia boleh menyakitkan hati saya. Tetapi ini bukan Amerika Syarikat (AS). Inilah Malaysia. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku.
  • Sekatan dan kekangan akibat dari COVID-19 yang tidak dapat dielak telah turut dialami oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa perayaan lain.
    Walaupun ia dapat membuat kita rasa tertekan dan juga sedih, perlu kita ingatkan diri bahawa ini adalah satu cabaran hidup yang perlu kita dihadapi.
    Sudah hampir satu tahun kita berhadapan dengan pandemik ini. Harapan tinggi diletak kepada vaksin yang mungkin dapat mengembalikan kehidupan yang normal seperti yang biasa kita lalui.
  • Pada masa ini kita tidak nampak sesiapa dalam kerajaan yang fikir tentang negara mereka hanya fikir mahu negara jadi hak mereka. Kita perlu wujudkan semula dasar majukan negara bukan untuk diri sendiri dan parti sendiri.
  • Ini satu pendekatan yang baik. Ada masanya rakyat juga sudah bosan dengan politik parti. Ada kebaikan jika kita ada kerajaan nasional yang tidak mengutamakan politik parti.
    Saya masih berpendapat pada waktu ini, kalau kita mahu kurangkan politik, kita ketepikan parti, kita utamakan negara,
  • We (Muslim) are actually very strong, 1.3 billion people cannot be simply wiped out. The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million. But today the Jews rule the world by proxy. They get others to fight and die for them
    • Terjemahan: Kami (Muslim) sebenarnya sangatlah kuat, 1.3 bilion orang tidak boleh dihapuskan begitu saja. Orang Eropah membunuh 6 juta orang Yahudi daripada 12 juta. Tetapi hari ini orang Yahudi memerintah dunia dengan proksi. Mereka membuat orang lain untuk berperang dan mati untuk mereka.
    • dipetik dalam ucapan ke puncak negara 57 negara Islam, 16 Oktober 2003 dan Mahathir attack on Jews condemned CNN, 17 Oktober 2003.
  • Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.

Pautan luar[edit | edit source]

Wikipedia
Wikipedia
Wikipedia mempunyai rencana berkenaan:


Commons
Commons
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: