Wn/ms/Lebih sejuta kediaman di Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Lebih sejuta kediaman di Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik

5 Julai 2012 (Khamis)

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Rangkaian grid elektrik di Amerika Syarikat.

WASHINGTON 5 Julai − Lebih sejuta rumah kediaman dan kawasan perniagaan di timur Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik sejak hari Rabu lalu selepas berlakunya kejadian ribut kira-kira lima hari yang lalu.

Keadaan itu menyebabkan sambutan Hari Kemerdekaan pada 4 Julai lalu dibatalkan dan beribu-ribu pekerja utiliti dikerahkan untuk memulihkan bekalan elektrik. Ribut yang berpunca dari barat tengah Lautan Atlantik itu juga menyebabkan jaringan grid elektrik di AS rosak teruk.

Syarikat bekalan tenaga elektrik memberi amaran bahawa gangguan tenaga mungkin akan dialami di beberapa tempat dan penduduk tidak dapat menghidupkan penghawa dingin mereka sepanjang minggu.

Sumber[edit | edit source]