Wn/ms/Bekas ahli kumpulan Deep Purple, Jon Lord meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bekas ahli kumpulan Deep Purple, Jon Lord meninggal dunia

17 Julai 2012 (Selasa)


LONDON 17 Julai − Bekas pemain papan nada dan pengasas bersama kumpulan rock British Deep Purple, Jon Lord yang popular dengan lagu hit Smoke On The Water meninggal dunia di London kerana mengalami penyakit barah pankreas.

Keluarga bintang itu dalam satu kenyataan memberitahu, Lord, yang berusia 71 tahun meninggal dunia di Klinik London di sini di sisi keluarganya. Mendiang yang sebelum ini juga pernah menyertai kumpulan Whitesnake menderita penyakit barah tersebut sejak bulan Ogos yang lalu.

Bekas bintang kumpulan rock Amerika Rage Against the Machine, Tom Morello, telah menulis ucapan takziah untuk Jon Lord di laman Twitternya. Beliau mengganggap bahawa mendiang Lord telah menghasilkan karya lagu yang sangat hebat dan beliau berterima kasih kepada Lord.

Semoga bersemadi dengan tenang kepada Jon Lord yang hebat, tonggak dan pemain papan nada Deep Purple. Karya lagu beliau sangatlah hebat dan menakjubkan! Terima kasih.

— Ucapan Tom Morello kepada mendiang Lord (AFP.com)

Jon Lord ketika di Sunflower Jam, London pada tahun 2007.

Sumber[edit | edit source]